Sunday, March 18, 2012
Apakah Kelebihan Kiosk Cendawan Crispy
Makanan organik, sihat dan lazat
Kiosk Mudah lipat dan mudah untuk dibawa ke lokasi niaga walaupun menggunakan kereta kancil
Boleh bersaing dengan peniaga cendawan goreng lain untuk menarik pelanggan
Design yang menarik dan ada nilai 'eye catching'
Konsep baru dalam menikmati produk berasaskan cendawan
Pelaburan yang rendah, hasil pendapatan yang lumayan dan risiko rendah
Tiada Royalti FEE
Hak milik kekal
Keuntungan hak mutlak rakan niaga
Peralatan disediakan syarikat
Latihan dan konsultasi disediakan oleh syarikat
Promosi yang kerap
Pengembangan menu secara berkala di mana terhadap penambahbaikan dalam menu untuk memberi kelainan
Latar Belakang Cendawan Crispy
"Cendawan Crispy...itulah jenama yang diperkenalkan oleh Agro Mesra Trading untuk mengembangkan lagi produk berasaskan cendawan. Sebelum ini cendawan dibuat hanyalah untuk sup, tomyam nasi goreng, masam asam, dan dll. Mungkin sebelum ini anda biasa makan atau melihat peniaga menjual cendawan goreng di kawasan anda, tetapi dijual bersama dengan produk lain seperti goreng pisang dan dll. ianaya tidak la menarik sangat dengan keadaan gerai yang tidak bersih dan kemas.
Tetapi tidak dengan kiosk Cendawan Crispy yang lebih menarik dan memfokuskan produk hiliran cendawan seperti popia cendawan, tepung goreng cendawan, samosa cendawan, cendawan segar dan popcorn cendawan. Boleh juga ditambah dengan sos cendawan, tempura cendawan dan dll untuk menambah lagi pendapatan.
Masyarakat sekarang ini lebih mementingkan kualiti dan juga kebersihan apabila membeli makanan di tepi2 jalan atau di pasar malam, dengan kiosk ini ia mampu untuk menarik pelanggan yang lebih cerewet untuk merasai cendawan goreng.
Agro Mesra Trading berpengalaman lebih kurang 2 tahun menjual cendawan goreng. pada peringkat permulaan kami mencuba pelbagai resepi tepung untuk memberi rasa yang lebih sedap. banyak kali gagal dan pelbagai masalah dilalui semasa mencuba resepi yang dibuat. Namun akhirnya kami berjaya juag mencipta resepi tepung yang sedap dan lazat. Yang menjadi bahan asas perniagaan kami.
Kami bermula dipasar malam...pernerimaan cendawan goreng pada masa itu kurang sambutan kerana pelanggan masih lagi ragu-ragu untuk mencuba cendawan kerana dirasaikan tidak sedap, pelik, dan takut mabuk. Ramai juga yang berani mencuba dan ada yang sudah biasa menikmati cendawan goreng. Di terengganu cendawan goreng masih lagi baru dipasaran, tidak seperti di pantai barat di mana orang ramai sudah biasa dengan cendawan goreng celup tepung.
Dengan resepi tepung goreng yang power dan stall yang cantik jualan cendawan goreng kami semakin meningkat dan kami dapat memperkenal produk hiliran cendawan kepada orang ramai. Pendapatan setelah guna kiosk ini lebih tinggi berbanding berniaga cara biasa.
ikuti sambungan akan datang....
Alhamdullilah.....
Labels:
cendawan goreng,
francais,
kiosk,
pasar malam,
pasar tani,
tepung goreng cendawan
Monday, March 5, 2012
Senarai Pakej
KONSEP PERNIAGAAN DENGAN MENGUNAKAN STALL MUDAH LIPAT
DESIGN
YANG MENARIK DAN UNTUK BERSAING DENGAN PENIAGA SEDIA
ADA.
BUKAN HANYA CENDAWAN GORENG SAHAJA DIJUAL, MALAH ANDA
NILAI PELABURAN
SET LENGKAP...RM 2500.00
1 UNIT STALL MUDAH LIPAT
4 KEPING STIKER
1 UNIT KANOPI, 1 BANER
1 UNIT KUALI, 2 UNIT PENGEPIT
2 UNIT TRAY
5KG TEPUNG CENDAWAN CRISPY
1 UNIT DAPUR
1 BKS PAPER BAG
1UNIT PENAPIS MINYAK
2 UNIT BOTOL SOS
APRON
APRON
SET EKONOMI...RM 1800.00
I UNIT KANOPI, 1 BANER
1 UNIT KUALI, 2 UNIT PENGEPIT
2 UNIT TRAY
5KG TEPUNG CENDAWAN CRISPY
1 UNIT DAPUR
1 BKS PAPER BAG
1UNIT PENAPIS MINYAK
2 UNIT BOTOL SOS
APRON
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi: 019-605 6213
Monday, February 13, 2012
Francais Cendawan Goreng Celup Tepung
Adakah anda biasa makan cendawan goreng celup tepung? Saya rasa ramai dikalangan anda diluar sana biasa makan atau melihat penjual cendawan goreng di tepi jalan, medan makan, pasar tani, pasar malam atau dimana sahaja. Rasanya lebih enak dimakan diwaktu petang..masa tengah lepak2 bersama keluarga. cendawan goreng biasanya di makan bersama dengan sos kicap, sos cili, mayonis, air lada(wilayah timur), sos lada hitam dan sos cendawan. Makanan yang berkhasiat ini semakin diminati oleh masyarakat kita kerana produk ini menunjukan kelainan dari segi cara pemakanan selain dari kegunaan cendawan segar.
Oleh itu..Agro mesra Trading mengorak langkah untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan memperkenalkan konsep jualan produk hiliran cendawan yang lebih menarik, kemas dan bersih. Konsep ini bertujuan untuk mengkhususkan penjualan produk hiliran cendawan seperti:
- Popia Cendawan
- Samosa Cendawan
- Porncorn Cendawan
- Cucur Cendawan
- Tepung Goreng Cendawan
- Cendawan Segar
Dibawah Jenama 'Cendawan Crispy'
Kiosk/stall Mudah lipat mudah untuk di bawa ke mana-mana lokasi perniagaan anda dan design stall yang menarik serta kemas mampu menarik ramail pelanggan. Berbeza dengan peniaga yang biasa di pasar malam atau mana2 sahaja yang tidak bersih dan bersistematik kaedah jualan cendawan goreng dan cendawan segar.
Amat sesuai untuk pengusaha cendawan secara kecilan di mana ia membantu mereka untuk menjual sendiri produk cendawan mereka dengan lebih baik lagi melalui Kiosk Cendawan Crispy ini. Lokasi yang sesuai seperti pasar tani, pasar malam dan tempat yang mempunyai trafik pelanggan yang tiggi.Mereka dapat memaksimunkan keuntungan bisnes mereka. Konsep ini dapat juga mengatasi masalah penguasaha projek cendawan yang berhenti separuh jalan kerana keuntungan yang diperolehi tidak berbaloi. Jadi, inilah caranya untuk membantu pengusaha cendawan melariskan jualan produk cendawan dan cendawan segar mereka.
Sila klik Di sini untuk Pakej Harga Francais Cendawan Crispy
Labels:
cendawan goreng,
crispy,
kiosk,
produk hilirin cendawan
Subscribe to:
Posts (Atom)