Sunday, March 18, 2012

Latar Belakang Cendawan Crispy


"Cendawan Crispy...itulah jenama yang diperkenalkan oleh Agro Mesra Trading untuk mengembangkan lagi produk berasaskan cendawan. Sebelum ini cendawan dibuat hanyalah untuk sup, tomyam nasi goreng, masam asam, dan dll. Mungkin sebelum ini anda biasa makan atau melihat peniaga menjual cendawan goreng di kawasan anda, tetapi dijual bersama dengan produk lain seperti goreng pisang dan dll. ianaya tidak la menarik sangat dengan keadaan gerai yang tidak bersih dan kemas.

Tetapi tidak dengan kiosk Cendawan Crispy yang lebih menarik dan memfokuskan produk hiliran cendawan seperti popia cendawan, tepung goreng cendawan, samosa cendawan, cendawan segar dan popcorn cendawan. Boleh juga ditambah dengan sos cendawan, tempura cendawan dan dll untuk menambah lagi pendapatan.

Masyarakat sekarang ini lebih mementingkan  kualiti dan juga kebersihan apabila membeli makanan di tepi2 jalan atau di pasar malam, dengan kiosk ini ia mampu untuk menarik pelanggan yang lebih cerewet untuk merasai cendawan goreng. 

Agro Mesra Trading berpengalaman  lebih kurang 2 tahun menjual cendawan goreng. pada peringkat permulaan kami mencuba pelbagai resepi tepung untuk memberi rasa yang lebih sedap. banyak kali gagal dan pelbagai masalah dilalui semasa mencuba resepi yang dibuat. Namun akhirnya kami berjaya juag mencipta resepi tepung yang sedap dan lazat. Yang menjadi bahan asas perniagaan kami.

Kami bermula dipasar malam...pernerimaan cendawan goreng pada masa itu kurang sambutan kerana pelanggan masih lagi ragu-ragu untuk mencuba cendawan kerana dirasaikan tidak sedap, pelik, dan takut mabuk. Ramai juga yang berani mencuba dan ada yang sudah biasa menikmati cendawan goreng. Di terengganu cendawan goreng masih lagi baru dipasaran, tidak seperti di pantai barat di mana orang ramai sudah biasa dengan cendawan goreng celup tepung.

Dengan resepi tepung goreng yang power dan stall yang cantik jualan cendawan goreng kami semakin meningkat dan kami dapat memperkenal produk hiliran cendawan kepada orang ramai. Pendapatan setelah guna kiosk ini lebih tinggi berbanding berniaga cara biasa. 

ikuti sambungan akan datang....

Alhamdullilah.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...