Monday, February 13, 2012

Francais Cendawan Goreng Celup Tepung


Adakah anda biasa makan cendawan goreng celup tepung? Saya rasa ramai dikalangan anda diluar sana biasa makan atau melihat penjual cendawan goreng di tepi jalan, medan makan, pasar tani, pasar malam atau dimana sahaja. Rasanya lebih enak dimakan diwaktu petang..masa tengah lepak2 bersama keluarga. cendawan goreng biasanya di makan bersama dengan sos kicap, sos cili, mayonis, air lada(wilayah timur), sos lada hitam dan sos cendawan. Makanan yang berkhasiat ini semakin diminati oleh masyarakat kita kerana produk ini menunjukan kelainan dari segi cara pemakanan selain dari kegunaan cendawan segar.  

Oleh itu..Agro mesra Trading mengorak langkah untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan memperkenalkan konsep jualan produk hiliran cendawan yang lebih menarik, kemas dan bersih. Konsep ini bertujuan untuk mengkhususkan penjualan produk hiliran cendawan seperti:

  • Popia Cendawan
  • Samosa Cendawan
  • Porncorn Cendawan
  • Cucur Cendawan
  • Tepung Goreng Cendawan
  • Cendawan Segar
Dibawah Jenama 'Cendawan Crispy'

Kiosk/stall Mudah lipat mudah untuk di bawa ke mana-mana lokasi perniagaan anda dan design stall yang menarik serta kemas mampu menarik ramail pelanggan. Berbeza dengan peniaga yang biasa di pasar malam atau mana2 sahaja yang tidak bersih dan bersistematik kaedah jualan cendawan goreng dan cendawan segar.


Amat sesuai untuk pengusaha cendawan secara kecilan di mana ia membantu mereka untuk menjual sendiri produk cendawan mereka dengan lebih baik lagi melalui Kiosk Cendawan Crispy ini.  Lokasi yang sesuai seperti pasar tani, pasar malam dan tempat yang mempunyai trafik pelanggan yang tiggi.Mereka dapat memaksimunkan keuntungan bisnes mereka. Konsep ini dapat juga mengatasi masalah penguasaha projek cendawan yang berhenti separuh jalan kerana keuntungan yang diperolehi tidak berbaloi. Jadi, inilah caranya untuk membantu pengusaha  cendawan melariskan jualan produk cendawan dan cendawan segar mereka.


Sila klik Di sini untuk Pakej Harga Francais Cendawan Crispy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...